Jumaat, 30 November 2012

Taubat Sebelum Terlambat.....

Ingin bertaubat tetapi.....

Masih ramai daripada kita yang memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan taubat atau "segan" dengan Allah untuk bertaubat.

Antara alasan-alasan yang seringkali kita dengar:

Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru fokus kumpul pahala.
- Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.

Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan.
- Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ( al-Ghaffar), pasti tidak akan mensia-siakan taubat umatnya jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Dah terlambat untuk bertaubat.
- Pintu  taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur.Selain itu, pintu taubat terbuka luas.

Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalagi hendak bertaubat.
- Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di  mana ada kemahuan , di situ ada jalan.

Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih lakukan dosa lagi.
-Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Yang penting cepat-cepat bertaubat setelah sedar. Mesti niat di dalam hati untuk tekad tidak mengulanginya lagi.

Aku rasa aku tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?
-Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lebih baik bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.

Nanti apabila nak tunai haji baru nak bertaubat bersungguh-sungguh.
- Takkan nak bertaubat nak tunggu musim haji. Kalau nak tunggu naik haji bertaubat mesti dah beruban. Sedangkan Rasulullah ynag maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari, inikan manusia biasa.

Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.
- Tidak perlu tunggu apabila berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.

Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.
- Biasalah mula-mula orang mengata. Cabaran memang besar bila hendak berubah ke arah kebaikan. Lagipun mereka tidak boleh membantu pun bila di akhirat nanti. Yang penting Allah redha dan suka.

Kalau aku bertaubat, maknanya aku kena tinggalkan segala benda haram dan terlarang.
- Di  dunia memanglah bahagia dengan nikmat benda-benda haram tapi di akhirat kelak akan meraung kena azab. Buatlah pilihan yang tepat, bertaubat sebelum terlambat.



Khamis, 29 November 2012

Perlindungan Wanita Hamil

Salam...
Kepada mana2 wanita ynag memerlukan perlindungan, boleh terus menghubungi saya di no. 0133524462. Khusus bagi wanita hamil tanpa ikatan yang inginkan perlindungan. Jangan lah membuang bayi anda... SesungguhNya Zina itu telah pun Berdosa Besar, anda tambah lagi Dosa Membunuh.....

Ingatlah wanita sekalian... Keseronokan berzina hanyalah sekejap, tetapi bala yang Allah beri sungguh besar dan aib yang bakal ditanggung oleh anda serta keluarga...

Kebanyakan keluarga marah terhadap anak mereka tetapi mereka tetap mencari mana2 tempat perlindungan  Mungkin untuk menutup aib serta untuk melindungi anak mereka dari kecaman masyarakat.

Tanyalah mana2 ibubapa... ada tak mereka nak anak mereka mengandung anak luar nikah. Malunya hanya mereka yang merasainya tahu... Janganlah masyarakat kecam mana2 budak yang sudah terlanjur tue... tetapi amik iktibar bahawa kurangnya didikan agama serta kurangya perhatian adalah penyebab tercetusnya fenomena ini...

Anda mest ingat, daripada dok mengata anak orang, anda pasti ke anak anda tue baik sangat.... Bagi yang ada anak lelaki jgn tak tau, ntah2 anak lelaki anda yg dok tabur benih kt anak dara orang.... pastu menyalahkan anak gadis orang....

Kebanyakan yang duduk di rumah perlindungan semua muka baik2 jea... memang tak sangka betul... Ada juga yang jadi mangsa rogol... kena rogol dengan bapa kawan baik sendiri... Ya Allah memang tak sangka...

Cuba dekati mereka... beri bimbingan agama kepada mereka agar mereka kembali ke pangkal jalan...

Mana tau selepas ini mereka akan berubah menjadi muslimah sejati dan mungkin juga mereka bakal ahli syurga...
tapi bagaimana dengan kita... adakah kita yakin syurga tempat kita jika tak abis2 menghina dan mengata mereka... kita jangan lupa bukan Hubungan dengan Allah sahaja yang kita kena jaga  tetapi hubungan sesama manusia itu juga penting...

Sama-samalah kita membantu gadis2 yang terlanjur itu kembali ke landasan yang benar...
bantu mereka untuk  mendalami ilmu agama... kerana Islam itu Indah...
Percayalah... Allah maha Pengampun...


Jumaat, 23 November 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT


Salam,
hari ini saya hendak post cara2 solat sunat taubat . Seperti yang semua sedia maklum terdapat bnyk cara untuk buat solat sunat taubat dan saya memilih yang paling ringkas dan mudah untuk difahami oleh anda semua....




Taubat ertinya mahu berhenti daripada melakukan dosa. Solat sunat taubat dikerjakan oleh seseorang yang mahu memohon ampun daripada Allah, selepas terjebak melakukan kesalahan atau dosa, dan bertekad tidak mahu membuatnya lagi, selama- lamanya.

Solat ini dalam hadis yang dibawa oleh Abu Bakar al-Siddiq, seperti diriwayatkan oleh Turmuzi, hanya menyatakan solat meminta ampun: "seseorang yang telah melakukan dosa, bersuci, bersolat dan meminta ampun,Allah akan mengampunkannya."



Cara-Cara

Jumlah rakaat solat sunat taubat ini tidak terbatas.Tiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya bebas.

lafaz niat



                        أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
                       "Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT"

Pada rakaat pertama lafazlah Al- fatihah dan kemudian surah Al- Ikhlas atau surah pilihan sendiri.






Pada rakaat kedua ucaplah Al- Fatihah dan surah an-Nas.













Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohon ampun dari allah (sebut berulangkali)







Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.



Khamis, 22 November 2012

JAUHI LAH ZINA....







Rumah Perlindungan bagi Wanita Hamil......


Salam....
Di sini saya ingin membantu wanita yang hamil tanpa nikah mendapatkan tempat perlindungan..untuk mendapat lebih keterangan lanjut boleh hubungi saya di 0133524462. Segala butir diri anda akan dirahsiakan demi menjaga aib anda.

Kepada mana-mana yang telah terlanjur dan hamil tanpa nikah anda mestilah bertaubat.. Ingatlah betapa besarnya dosa Berzina ditambah pula jika anda membuang bayi  dapatlah pakej ZINA dan MEMBUNUH...

Insaflah kerana hidup didunia hanya sementara dan di akhirat jua lah yang kekal disana....

Rumah perlindungan saya menyediakan segala keperluan asas bagi ibu2 hamil serta tempat yang sesuai untuk anda mendalami ilmu agama...

Jika anda insan terpilih untuk masuk ke rumah ini anda memang bertuah kerana hanya anda yg telah melaluinya akan tahu knp..... sebab tempat saya berbeza sangat2 dgn tempat lain....

Jika anda was-was terpulang lah sebab tempat saya bkn tempat jual bayi dan segala kebajikan ibu2 hamil pihak  saya akan pantau... tiada sekatan untuk mereka mkan, tiada kata2 penghinaan di tujukan kepada mereka, tiada kerahan tenaga,dan tiada pun niat tidak baik dan penginayaan terhadap mereka.

Niat pihak kami untuk membimbing mereka kembali semula ke jalan Allah.... Jika pihak kami mengambil kesempatan terhadap ibu2 hamil nie.. mesti da lama pihak tertentu mengambil tindakan terhadap kami....

Terpulang kepada pandangan masing2 kerana setiap manusia tidak sama fikirannya... Cuma saya percaya jika niat baik Allah akan permudahkan....




Rabu, 21 November 2012

Kisah Palestine



Salam semua....
Lama sy tak update blog nie.. maklumlah cuti bnyk sgt sampai jadi lemau...
seperti yg semua tahu, skg tgh hangat dgn kisah kemanusiaan di Palestine... kisah perang yg tidak pernah tamat sejak berpuluh2 tahun..
paling menghayat hati apabila serangan ke atas orang awam yg mengakibatkan byk kematian berlaku terutama dari kanak2..
sayup hati melihat mereka yg masih kecil menjadi mangsa..
disana mereka bermati-matian cuba melindungi kanak2 kecil tetapi sayang disini bayi dibuang merata2 seolah2 tiada nilai kemanusian...

Layan beberapa gambar yang mampu membuat kita insaf.....




















Selasa, 6 November 2012

PROSES TERJADINYA MANUSIA



akak harap video ini mampu memberi kesedaran kepada mana2 gadis yang terlanjur dan hamil, mengenai proses terjadinya manusia....
sayangilah anak anda... jangan buang dia....




   

JANGAN BUANG KAMI IBU....










 

Isnin, 5 November 2012

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG


SURAH MARYAM



Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat. Insyaallah...





Kepada Yang Memerlukan Bantuan....



Salam semua....

saban hari kita mendengar berita pembuangan bayi yang makin kian berluasa...
Ya allah, sedihnya bila melihat bayi2 yang tak berdosa dibuang begitu sahaja...

kepada yang memerlukan bantuan bole menghubungi akak di 0133524462..
Insyaallah akak akan cuba membantu selagi yang termampu.....

Jumaat, 2 November 2012

Dengarkanlah....


Kepada yang berkenaan, semoga ia mampu membuat anda rasa insaf.... Insyaallah





Syukur... Alhamdulillah...



Salam semua...
sy memang terkejut sebab da juga yang sudi menjengah blog sy nie....
kepada mana2 gadis yang hamil bole la hubungi sy, insyaallah sy akan membantu selagi termampu...

saya da lama sgt2 tak menjengah blog nie... alhamdulillah ada juga yang sudi menghubungi saya disini..
saya harap kpd yang berkenaan akan berubah dan bertaubat.
.selagi terdaya sy akan membantu gadis2 hamil mendapat perlindungan....
doakan ynag terbaik buat kami....