Rabu, 3 Julai 2013

Rumah Perlindungan- Latest info

Salam semua. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana telah lama tidak update blog nie. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk membantu mana-mana gadis yang telah terlanjur sehingga hamil untuk mendapatkan perlindungan. Untuk pengatahuan semua, saya hanyalah penghuni rumah tersebut dan tugas saya adalah menjaga keperluan bagi gadis-gadis tersebut. Saya memohon maaf andai ada panggilan yang tak dapat saya nak jawab kerana saya juga bekerja. Namun saya akan cuba memberi maklum balas.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada pihak saya membantu mana-mana gadis yang terlanjur mendapat perlindungan. Tiada layanan kelas pertama yang pihak saya dapat janjikan tapi saya jamin keselesaan itu tetap ada..
 Amat berat tugas dan tangungjawab kerana selain menjaga keperluan , pihak saya juga perlu memberi pengisian rohani kepada mereka..
Yang paling penting adalah keinsafan mereka untuk bertaubat.

Untuk makluman semua buat masa ini rumah perlindungan saya telah penuh.
Keutamaan saya hanya kepada yang betul-betul tengah sarat dan menunggu masa hendak bersalin tapi tidak tahu di mana hendak bersalin boleh menghubungi saya.

Saya minta maaf di atas kesulitan tersebut. Pihak saya hanya ingin memastikan gadis-gadis yang berlindung dengan kami berasa selesa dan kebajikan terjaga.
Ruang berdasarkan bilangan katil kosong yang ada sahaja.
Namun bagi yang benar-benar memerlukan bantuan bole hubungi saya..
Saya akan cuba sedaya upaya memberi maklum balas..
new ctc no: 013 3524462 umi


Khamis, 6 Disember 2012

Cara Gugurkan kandungan

Tipah tertipu ker????

Saya yakin gugurkan kandungan merupakan entri yang paling ramai cari dalam diam... 
sebabnya.... anda sendiri yang tahu.. apa yang boleh saya ungkapkan bertaubatlah... dah cukuplah dosa zina... tak perlulah ditambah dosa membunuh.... banyak je pusat perlindungan wanita hamil  di luar sana serta saya juga memberi bantuan kepada mana2 gadis yang hamil tanpa nikah....

Anda kena tahu bahawa risiko besar jika menggugurkan kandungan... lebih2 lagi kepada klinik yang tak bertauliah.. risiko itu anda yang tanggung sampai mati.... Bagi yang makan benda merepek2 bagi tujuan untuk gugur tak ada gunanya.... sebab Kalau Allah kata jadi maka jadilah ia..... ' KUN FA YA KUN'

Banyak2 muhasabah diri.. ingat kepada Allah...Bertaubatlah.... Jangan nak buat kerja bodoh...
umi 0133524462

Selasa, 4 Disember 2012

Rugi... betul-betul rugi.....




Rugi sangat-sangat jika.....

setakat jadi orang kacak, mengabaikan solat. Sedangkan Nabi Yusuf  A.S yang terkacak di dunia pun tidak menghalangnya menjadi orang ynag taat kepada Allah.

Rugi sangat-sangat jika.....

jadi seorang yang cantik dan lawa, tetapi tidak solat. Sedangkan Sayidatina Aisyah yang amat lawa  sehinggakan  Rasulullah s.a.w  memanggilnya Humaira ( si merah jambu), pun tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.


Rugi sangat-sangat jika.....

Apa untungnya jadi seorang yang kaya tetapi tidak solat. sedangkan Nabi Sulaiman ynag terkaya di dunia pun sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t.

Rugi sangat-sangat jika.....

teramat rugilah orang yang miskin yang tidak solat. sudahlah miskin di dunia, nanti lebih miskin lagi di akhirat. Sedangkan sahabat Rasullullah s.a.w Abu Hurairah r.a seorang yang hidup susah dan miskin tetapi tidak menghalang dia menjadi seorang yang taat.

Rugi sangat-sangat jika.....

anak-anak kita tidak pernah menerima teguran dan galakkan dari ibu bapanya untuk solat. sedangkan mereka bakal memberi kita pahala apabila kita sudah berda di alam barzakh nanti.

Isnin, 3 Disember 2012

Cara Jauh Daripada Dosa


4 Rahsia Jauh daripada Dosa


Pertama
Dekat dengan Al-quran
Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan apa-apa perkara. Bacaannya bukan hanya alunan di bibir, malah inti sarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat.

Kedua
Meneladani orang soleh
Kisah-kisah kehidupan para nabi, rasul,wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya. Manakala, dugaan dan cabaran yang Allah timpakan bertindak sebagai pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.

Ketiga
Ingat kesan sampingan Dosa
Sentiasa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima. Hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut dibuat, pada keesokan hari,tahun mendatang ataupun balasan yang berganda-ganda di akhirat kelak.

Yang pasti, balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran di bumi Allah ini.Hanya orang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.

Keempat
Patuh dan taat.
Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara teramat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirimya jauh daripada melakukan dosa. Tidak kiralah dosa besar seperti meminum arak, berjudi,berzina,membunuh dan sebagainya ataupun dosa kecil seperti mengumpat, riak, takbur dan lain-lain.

Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dengan haram, dan sudah pastilah keredhaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa  jua perkara.

Jumaat, 30 November 2012

Taubat Sebelum Terlambat.....

Ingin bertaubat tetapi.....

Masih ramai daripada kita yang memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan taubat atau "segan" dengan Allah untuk bertaubat.

Antara alasan-alasan yang seringkali kita dengar:

Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru fokus kumpul pahala.
- Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.

Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan.
- Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ( al-Ghaffar), pasti tidak akan mensia-siakan taubat umatnya jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Dah terlambat untuk bertaubat.
- Pintu  taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur.Selain itu, pintu taubat terbuka luas.

Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalagi hendak bertaubat.
- Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di  mana ada kemahuan , di situ ada jalan.

Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih lakukan dosa lagi.
-Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Yang penting cepat-cepat bertaubat setelah sedar. Mesti niat di dalam hati untuk tekad tidak mengulanginya lagi.

Aku rasa aku tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?
-Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lebih baik bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.

Nanti apabila nak tunai haji baru nak bertaubat bersungguh-sungguh.
- Takkan nak bertaubat nak tunggu musim haji. Kalau nak tunggu naik haji bertaubat mesti dah beruban. Sedangkan Rasulullah ynag maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari, inikan manusia biasa.

Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.
- Tidak perlu tunggu apabila berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.

Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.
- Biasalah mula-mula orang mengata. Cabaran memang besar bila hendak berubah ke arah kebaikan. Lagipun mereka tidak boleh membantu pun bila di akhirat nanti. Yang penting Allah redha dan suka.

Kalau aku bertaubat, maknanya aku kena tinggalkan segala benda haram dan terlarang.
- Di  dunia memanglah bahagia dengan nikmat benda-benda haram tapi di akhirat kelak akan meraung kena azab. Buatlah pilihan yang tepat, bertaubat sebelum terlambat.



Khamis, 29 November 2012

Perlindungan Wanita Hamil

Salam...
Kepada mana2 wanita ynag memerlukan perlindungan, boleh terus menghubungi saya di no. 0133524462. Khusus bagi wanita hamil tanpa ikatan yang inginkan perlindungan. Jangan lah membuang bayi anda... SesungguhNya Zina itu telah pun Berdosa Besar, anda tambah lagi Dosa Membunuh.....

Ingatlah wanita sekalian... Keseronokan berzina hanyalah sekejap, tetapi bala yang Allah beri sungguh besar dan aib yang bakal ditanggung oleh anda serta keluarga...

Kebanyakan keluarga marah terhadap anak mereka tetapi mereka tetap mencari mana2 tempat perlindungan  Mungkin untuk menutup aib serta untuk melindungi anak mereka dari kecaman masyarakat.

Tanyalah mana2 ibubapa... ada tak mereka nak anak mereka mengandung anak luar nikah. Malunya hanya mereka yang merasainya tahu... Janganlah masyarakat kecam mana2 budak yang sudah terlanjur tue... tetapi amik iktibar bahawa kurangnya didikan agama serta kurangya perhatian adalah penyebab tercetusnya fenomena ini...

Anda mest ingat, daripada dok mengata anak orang, anda pasti ke anak anda tue baik sangat.... Bagi yang ada anak lelaki jgn tak tau, ntah2 anak lelaki anda yg dok tabur benih kt anak dara orang.... pastu menyalahkan anak gadis orang....

Kebanyakan yang duduk di rumah perlindungan semua muka baik2 jea... memang tak sangka betul... Ada juga yang jadi mangsa rogol... kena rogol dengan bapa kawan baik sendiri... Ya Allah memang tak sangka...

Cuba dekati mereka... beri bimbingan agama kepada mereka agar mereka kembali ke pangkal jalan...

Mana tau selepas ini mereka akan berubah menjadi muslimah sejati dan mungkin juga mereka bakal ahli syurga...
tapi bagaimana dengan kita... adakah kita yakin syurga tempat kita jika tak abis2 menghina dan mengata mereka... kita jangan lupa bukan Hubungan dengan Allah sahaja yang kita kena jaga  tetapi hubungan sesama manusia itu juga penting...

Sama-samalah kita membantu gadis2 yang terlanjur itu kembali ke landasan yang benar...
bantu mereka untuk  mendalami ilmu agama... kerana Islam itu Indah...
Percayalah... Allah maha Pengampun...


Jumaat, 23 November 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT


Salam,
hari ini saya hendak post cara2 solat sunat taubat . Seperti yang semua sedia maklum terdapat bnyk cara untuk buat solat sunat taubat dan saya memilih yang paling ringkas dan mudah untuk difahami oleh anda semua....




Taubat ertinya mahu berhenti daripada melakukan dosa. Solat sunat taubat dikerjakan oleh seseorang yang mahu memohon ampun daripada Allah, selepas terjebak melakukan kesalahan atau dosa, dan bertekad tidak mahu membuatnya lagi, selama- lamanya.

Solat ini dalam hadis yang dibawa oleh Abu Bakar al-Siddiq, seperti diriwayatkan oleh Turmuzi, hanya menyatakan solat meminta ampun: "seseorang yang telah melakukan dosa, bersuci, bersolat dan meminta ampun,Allah akan mengampunkannya."



Cara-Cara

Jumlah rakaat solat sunat taubat ini tidak terbatas.Tiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya bebas.

lafaz niat



                        أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
                       "Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT"

Pada rakaat pertama lafazlah Al- fatihah dan kemudian surah Al- Ikhlas atau surah pilihan sendiri.






Pada rakaat kedua ucaplah Al- Fatihah dan surah an-Nas.













Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohon ampun dari allah (sebut berulangkali)







Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.