4 Rahsia Jauh daripada Dosa
Pertama
Dekat dengan Al-quran
Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan apa-apa perkara. Bacaannya bukan hanya alunan di bibir, malah inti sarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat.
Kedua
Meneladani orang soleh
Kisah-kisah kehidupan para nabi, rasul,wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya. Manakala, dugaan dan cabaran yang Allah timpakan bertindak sebagai pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.
Ketiga
Ingat kesan sampingan Dosa
Sentiasa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima. Hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut dibuat, pada keesokan hari,tahun mendatang ataupun balasan yang berganda-ganda di akhirat kelak.
Yang pasti, balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran di bumi Allah ini.Hanya orang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.
Keempat
Patuh dan taat.
Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara teramat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirimya jauh daripada melakukan dosa. Tidak kiralah dosa besar seperti meminum arak, berjudi,berzina,membunuh dan sebagainya ataupun dosa kecil seperti mengumpat, riak, takbur dan lain-lain.
Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dengan haram, dan sudah pastilah keredhaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.