Rugi sangat-sangat jika.....
setakat jadi orang kacak, mengabaikan solat. Sedangkan Nabi Yusuf A.S yang terkacak di dunia pun tidak menghalangnya menjadi orang ynag taat kepada Allah.
Rugi sangat-sangat jika.....
jadi seorang yang cantik dan lawa, tetapi tidak solat. Sedangkan Sayidatina Aisyah yang amat lawa sehinggakan Rasulullah s.a.w memanggilnya Humaira ( si merah jambu), pun tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Rugi sangat-sangat jika.....
Apa untungnya jadi seorang yang kaya tetapi tidak solat. sedangkan Nabi Sulaiman ynag terkaya di dunia pun sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t.
Rugi sangat-sangat jika.....
teramat rugilah orang yang miskin yang tidak solat. sudahlah miskin di dunia, nanti lebih miskin lagi di akhirat. Sedangkan sahabat Rasullullah s.a.w Abu Hurairah r.a seorang yang hidup susah dan miskin tetapi tidak menghalang dia menjadi seorang yang taat.
Rugi sangat-sangat jika.....
anak-anak kita tidak pernah menerima teguran dan galakkan dari ibu bapanya untuk solat. sedangkan mereka bakal memberi kita pahala apabila kita sudah berda di alam barzakh nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan